8 January 2017

Kuih Keria Gula Melaka di Taiping

Kami pergi ke Taiping nk menyelesaikan beberapa urusan. Di samping itu sempat juga kami pergi ke Giant Taiping nk cari baju batik baru. Kebetulan di tepi jalan tgk ramai orang menunggu mcm nk beli sesuatu. Apa kami pn  buat U turn untuk pergi ke gerai tersebut. Rupanya depa duk tunggu kuih keria yg sedang masak. Ingatkan di Melaka jer terkenal dgn kuih keria rupanya di Taiping ada juga kuih keria. Apa istimewa kuih keria? Kuih keria dibuat drpd ubi dan diuli bersama tepung. Senang citer mcm kuih gelang, cuma ia disalut dgn gula melaka. Lama juga menunggu siap boss dia ambik nama lagi bagi ikut giliran. Kami beli 2 kotak dalamnya 8 biji setiap kotak dgn harga RM4.00.
Kami pun menikmatinya. Memang sgt berbaloi. Rasanya yg sgt enak dan sedap. Agak keras di luar tp sgt lembut di dalam. Mmg puas hati dan pasti nk lagi. Sape yg dh try kuih keria hj jalil di Melaka bolehlah buat perbandingan dgn kuih keria di Taiping. Masing2 ada citarasa tersendiri.
Kalau sesiapa nk mencuba bolehlh pg ke gerai tersebut. Menurut tuan gerainya gerainya baru buka seminggu. Gerai itu terletak berhadapan dgn stesyen minyak Petronas dan jalan nk menuju ke Giant. Kat Taiping ada 1 jer Giant. Try waze senang jer nk jumpa. Selamat mencuba...




1 January 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Azam dan semangat baru untuk menjadi yang baik kepada yang lebih baik. Semoga tabah dengan cara mendatang dan semoga kehidupan menjadi lebih baik.Mengikut perancangan banyak perkara perlu direncaakan dengan terancang. Di antaranya rumah dan kerjaya serta kesihatan. Kami yang semakin obes cuba diet sedikit demi sedikit. Apabila badan beso byk yg negatif daripada positif. Antara penyakit mudah dapat, pergerakkan agak terbatas, saiz baju n seluar susah nk cari. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...amin.
Image result for 2017

30 December 2016

Menarik di Melaka

Sepanjang 4 hari di sana (20-23 dis 2016) kami telah menikmati makanan dan tempat di menarik di Melaka. Di antaranya ialah:
Melaka River Cruise
Menaiki bot melayari sungai Melaka. Jarak perjalanan hampir 45 minit. Kalau nk tgk pemandangan cantik boleh menaiki bot pada waktu malam.




Muzium Kapal Selam
Antara tarikan terbaru di Melaka. Kami merasai sendiri bagaimana suasana ketika berada di dalam kapal selam. Nak masuk muzium kena bayar tp dengan harga tiket yang berbaloi. Kalau nk pegi area pantai klebang.

Kuih Keria Hj Jalil Limbungan
Apa yg menarik kuih ini? Menariknya rasanya yg sgt sedap sebab kuihnya lembut sgt dan disaluti dgn gula melaka. Kalau org Perak panggil kuih gelang. Waktu kami datang nk membelinya terpaksa beratur panjang sampai kena buat 2 line.  Dekat kedai tu ada juga jual laksa dan minuman. Disediakan tempat makan di situ. Kuih keria hanya boleh beli 10 biji shj dgn harga 60 sen satu. Tak blh beli lebih sebab yg lain xmerasa nanti. Ditutup pada hari Jumaat. Kalau nk rasa kuih keria nie isterinya juga ada membuka kedai yang lain berdekatan dengan kedai ini.
Coconut Shake
Ini juga merupakan tarikan utama di Melaka. Tapi tidak beratur panjang mcm beli kuih keria. Tempat duduk juga banyak. Nak cari restoran ni hanyalah sederet dengan kedai kuih keria. Tempat parking pun luas. Selain coconut shake antara yang dijual di sini ialah nasi lemak dan kuih muih. Bolehlah nk memcuba keaslinya hanya terdapat di sini.

Rumah Terbalik
Apa yg terbalik? Rupanya barangan yang terdapat dalam rumah itu di letak keadaan terbalik di atas. Jadi bila kita ambik gambar seolah-olah kita berada di atas barangan tersebut. Menarik juga la cuma xbanyak aksi boleh dibuat sebab rumah ini masih baru lagi. Kalau nk pergi rumah ini ia berdekatan dengan kawasan hotel area menara Taming Sari.